🎉 Tahniah Kenaikan Pangkat ke Profesor Madya (DS14)
Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST) dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat (4) orang staf akademik atas kejayaan dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS14).
Mereka yang terlibat ialah:
-
Prof. Madya Dr. Asha Hashimy Mohd Hashim (ESBS)
-
Prof. Madya Dr. Mohd Rustam Mohd Rameli (ESBS)
-
Prof. Madya Dr. Tan Joo Siang (ESBS)
-
Prof. Madya Dr. Nurul Farhana Jumaat (ALT)
Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kecemerlangan akademik, sumbangan penyelidikan, penerbitan ilmiah serta khidmat profesional yang telah diberikan kepada fakulti dan universiti secara keseluruhannya.
Pihak pengurusan FEST amat berbangga dengan pencapaian ini dan yakin bahawa pelantikan sebagai Profesor Madya akan terus menyuntik semangat baharu untuk memacu kecemerlangan dalam bidang pengajaran, penyelidikan, inovasi serta jaringan kolaborasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga FEST untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan berterusan selaras dengan aspirasi universiti.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan! 🌷🌷🌷




