Latar Belakang
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST), Universiti Teknologi Malaysia akan menganjurkan FEST ACADEMIA ALUMNI INDUSTRY NETWORK (FAAIN) 2025: Showcase, Synergy and Smart Partnership. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan jaringan strategik antara FEST, alumni dan industri melalui penganjuran pelbagai aktiviti selama dua (2) hari yang melibatkan pelajar, penyelidik, alumni dan rakan industri. Ianya juga memberi penekanan terhadap pemindahan teknologi, perkongsian kepakaran, dan pembentukan ekosistem kolaboratif yang menyokong inovasi, penyelidikan gunaan serta pembangunan modal insan yang berdaya saing dan beretika. Melalui penganjuran program ini, ianya dijangka menarik penyertaan pelbagai sektor industri termasuk teknologi pendidikan, kejuruteraan, automasi, AI, TVET, pengurusan sumber manusia, pembangunan modal insan dan banyak lagi. Program ini diharap dapat menjadi landasan kepada pengenalan hasil penyelidikan FEST, pertukaran idea, peluang latihan industri dan pengiktirafan usaha inovatif, warga fakulti, alumni dan industri.
Objektif
- Sebagai platform dalam menjalin jaringan kerjasama strategik antara FEST dan rakan strategik iaitu alumni dan industri melalui pertukaran ilmu, penyelidikan, teknologi dan penyelesaian masalah.
- Menyediakan ruang latihan industri, internship, bimbingan kerjaya dan pemindahan ilmu bagi memperkasa kompetensi
- Memperkenalkan kepakaran dan perkhidmatan pihak FEST dan bakat pelajar kepada industri, termasuk projek R&D dan
- Memperkenalkan bakat pelajar kepada industri dan membuka peluang latihan industri, kolaborasi penyelidikan dan penajaan projek inovasi.
- Meningkatkan keterlibatan alumni dalam pembangunan akademik dan industri.
- Menjadi jambatan antara akademia dan industri dalam pemindahan pengetahuan serta kepakaran teknikal dan profesional.
Ucapan Naib Canselor UTM
Ucapan Dekan FEST
Jemputan: TNCPI, Pengarah UTM CCIN, Pengarah Alumni UTM, Wakil Industri, Alumni, Jabatan Pendidikan Negeri—Sekolah Rintis Bangsa Johor (Dr. Yap), Wakil Komuniti – Living lab
MoU/MoA/LoA
Pelancaran buku 2025 ‘Strategi Pengajaran bertemakan Active Learning in Higher Education Series – From Theory to Practice’
Lawatan – sesi book signing
Lawatan – Showcase penyelidikan / komuniti
Showcase penyelidikan dan komuniti
Sesi book signing — buku yang diterbitkan dalam tahun 2023-2025
Pocket Talk with Industries
Program
🎓✨ JEMPUTAN KE PROGRAM FAAIN 2025 @ PRZS UTM !
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST) akan menganjurkan program: 🎯 FEST Academia Alumni Industry Network (FAAIN) 2025: Showcase, Synergy & Smart Partnership
Jom semua warga UTM dan orang awam hadir memeriahkan Program FAAIN, serta berinteraksi secara langsung bersama penulis-penulis FEST di:
📍 Ruang Terbuka, Aras 1, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), UTM
🗓 25 & 26 November 2025 (Selasa & Rabu)
🕘 9.00 pagi – 12.30 tengah hari / 2.30-4.00 petang
📚 Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan naskhah buku-buku istimewa terus daripada Penerbit UTM Press melalui:
🛍 Shopee: penerbit utm press
🌐 Laman web rasmi: Penerbit UTM
Mari sama-sama meraikan karya ilmu, sinergi industri, dan inspirasi penulis FEST! 🌟
#FAAIN2025 #FESTUTM #PenulisFestUTM #PenerbitUTMPress #PRZS #UTMJohorBahru #SmartPartnership #SynergyShowcase

