Program Perkhidmatan Makanan ini diadakan khusus bagi pelajar tahun 2 program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti P&P dimana pelajar tahun 2SPPH dikehendaki untuk membuat perancangan, penyediaan dan seterusnya penjualan makanan kepada orang ramai di UTM. Hari Jualan adalah setiap Selasa dan Jumaat. Program ini dijalankan sepanjang satu semester.
Semester 2 sesi 2012/2013 (Setiap Selasa dan Jumaat).
[Sumber oleh: Pn. NorFadila & Dr. Dayana Farzeeha Ali,
Editor: Noor Azean Atan]