JOHOR BAHRU, 19 Jun 2013: Seminar Kepimpinaan Pendidikan yang dianjuran oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang diadakan di Dewan Senat telah mendapat sambutan menggalakkan.
Program ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd Salleb B. Abu, Dekan Fakulti Pendidikan di Dewan Senat, UTM dan telah disertai oleh 136 orang yang terdiri daripada mahasiswa pasca ijazah yang mengambil kursus Dinamika Kepimpinan dari pelbagai fakulti dan telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Yusof bin Boon.
Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan kepasa mahasiswa berkaitan kualiti kepimpinan pendidikan yang diperlukan dalam merealisasikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) dan sebagai salah satu aktiviti untuk memenuhi penilaian mahasiswa yang mendaftar kursus UHF 6033 Dinamika Kepimpinan pada semester II sesi 2012/2013. Selain itu seminar ini juga turut memberi peluang pengkongsian pengetahuan dan pengalaman berkaitan isu kepimpinan dan organisasi pendidikan terutamanya di sekolah.
2 orang ahli panel yang telah dijemput untuk memberikan ucapan dalam seminar ini adalah Puan Sallina Bt Hussain, Pengetua Cemerlang SMK Engku Tun Aminah Johor Bahru dan En Md Hasidin Bin Hj Zaini, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Antara tajuk ucapan yang diberikan oleh ahli panel jemputan adalah “Peranan dan Cabaran Kepimpinan Sekolah Dalam Melaksanakan Transformasi Pendidikan” dan “Cabaran dan Strategi Kepimpinan Pendidikan Dalam Menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semoga program yang bermanfaat ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang.
[Disediakan oleh: Dr. Nor Hasniza Ibrahim,
Editor: Noor Azean Atan]