ISI KANDUNGAN
1.0 | KRITERIA 1……………………………………… 1 – 20 |
|
2.0 | KRITERIA 2 ……………………………………….. 21 – 27 | |
3.0 | KRITERIA 3 ……………………………………….. 28 – 33 | |
4.0 | KRITERIA 4 ……………………………………….. 34 – 39 | |
5.0 | KRITERIA 5 ………………………………………………………… 40 – 42 |
- KRITERIA 1
SUMBANGAN FAKULTI/SEKOLAH KEPADA PENCAPAIAN DALAM SETARA DAN D’SETARA
A : PROSES
1.1 KURIKULUM
1.1.1 bagaimana kandungan pengajian bersesuai dengan keperluan semasa
Fakulti Pendidikan amat menitikberatkan kesesuaian kandungan program pengajian yang ditawarkan dengan keperlua semasa. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :
- Fakulti Pendidikan sentiasa mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kurikulum yang dilaksanakan di UTM menepati keperluan semasa disekolah.
- Fakulti Pendidikan juga sering kali mengadakan perbincangan dengan wakil pelajar dan pelajar bagi membolehkan Fakulti Pendidikan memenuhi dan mendapat input untuk memantapkan kurikulum pengajian bagi program yang ditawarkan.
- Fakulti Pendidikan akan memastikan masyarakat sekitar juga dilibatkan bagi memastikan kurikulum yang dilaksanakan juga mengambilkira pandangan masyakarat sekeliling.
- Fakulti Pendidikan sentiasa mengadakan Lawatan untuk meninjau pelaksanaan diperingkat antarabangsa seperti lawatan akademik di Universitas Negeri Yogjakarta-Indonesia, Universitas Negeri Makassar-Indonesia, Universitas Muhammdiah Makassar.
- Fakulti Pendidikan juga telah mengadakan perbincangan dan semakan kurikulum oleh profesor pelawat.
- Fakulti Pendidikan sentiasa mengadakan Pelbagai Support Program peringkat fakulti dan Jabatan untuk menyokong pelaksanaan kurikulum di Fakulti Pendidikan.
- Fakulti Pendidikan telah mengadakan Semakan Kurikulum PG 2014. Selain itu, Fakulti Pendidikan juga telah mengadakan Bengkel kesetaraan kurikulum Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Kompetensi Sijil Kemahiran Malaysia bersama pensyarah Kolej Vokasional.
- Fakulti Pendidikan juga telah melantik Lembaga Pengajian untuk memastikan kurikulum di Fakulti Pendidikan menepati keperluan semasa di sekolah.
LAMPIRAN:
- Surat Panggilan Mesyuarat bersama KPM
- Surat Panggilan Mesyuarat bersama pelajar
- Surat makluman Taklimat Pelajar
- Laporan Pelaksanaan Services Learning
- Laporan Latihan Mengajar 2014.
- Laporan Semakan Kurikulum Profesor Pelawat
- Senarai Support Program 2014
- Semakan Kurikulum 2014.
- Surat Lantikan Lembaga Pengajian
- Surat Panggilan Bengkel Kesetaraan Bengkel Kurikulum dengan Kolej
1.1.2 Initiatif dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan
Fakulti Pendidikan juga telah melaksanakan inisiatif dalam memastikan pelajar bersedia menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :
- Fakulti Pendidikan telah mengadakan Bengkel kesetaraan kurikulum Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Kompetensi Sijil Kemahiran Malaysia bersama pensyarah Kolej Vokasional.
- Bagi memastikan pelajar menghadapi dunia pekerjaan, Fakulti Pendidikan telah menganjurkan Program Latihan Mengajar Antarabangsa untuk memastikan pelajar Fakulti Pendidikan berpeluang proses pembelajaran dan pengajaran diperingkat antarabangsa.
- Fakulti Pendidikan mengadakan Program Bina Insan Guru bagi memastikan semua pelajar Fakulti Pendidikan mempunyai kemahiran ,pengetahuan dan sikap yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran dan pengajaran disekolah.
- Fakulti Pendidikan memperkenalkan satu kursus yang memberikan pendedahan pengenalan kerjaya sebagai guru.
- Fakulti Pendidikan juga sentiasa melaksanakan program Latihan Mengajar yang diadakan disekolah selama 14 minggu yang mendedahkan kehidupan sebenar sebagai seorang guru.
- Bagi program Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan serta Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) pelajar dikehendaki menjalani latihan industri selain daripada Latihan Mengajar.
- Fakulti Pendidikan juga telah Mewajibkan semua pelajar Fakulti Pendidikan mengambil kursus kokurikulum bagi kursus pakaian seragam ini bersesuaian dengan peranan guru disekolah nanti.
- Fakulti Pendidikan mewajibkan mahasiswa mengikuti Program ROS (Orientasi Sekolah) bagi membiasakan mahasiswa dengan suasana disekolah sebelum menjalani latihan mengajar dan keluar sebagai guru.
- Fakulti Pendidikan sentiasa mengikuti Taklimat bersama bahagian SuruhanJaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia dan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, KPM bagi memastikan maklumat terkini didapati oleh mahasiswa.
- Fakulti Pendidikan juga telah mengadakan Taklimat Fakulti Pendidikan bersama pelajar bagi proses penempatan disekolah.
LAMPIRAN:
- Bengkel kesetaraan kurikulum Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
- Laporan Latihan Mengajar Antarabangsa
- Maklumat Program Bina Insan Guru
- Rancangan Pengajaran Pengenalan kepada Profesion Perguruan
- Maklumat
- Rancangan Pengajaran Latihan Mengajar
- Rancangan Pengajaran Latihan Industri.
- Maklumat Kurikulum kemestian mengambil kursus kokurikulum p
- Rancangan Pengajaran ROS
- Surat Mensyuarat Bersama SPP
- Bahan Makluman Taklimat Pelajar
1.1.3 Penekanan kepada imbangan komponen teori dan aplikasi/amali
Fakulti Pendidikan juga sentiasa menekankan aspek imbangan kompenen teori dan aplikasi/amali dalam pengajian seperti maklumat berikut :
- Fakulti Pendidikan sentiasa menggalakkan mahasiswa menyertai aktiviti luar dalam bidang masing-masing contoh Sukan bagi pelajar pengkhususan Sains Sukan.
- Fakulti Pendidikan juga telah melaksanakan Projek Sarjana Muda I dan II, Projek Sarjana, Kajian Pendidikan etc. yang menekankan gabungan teori dan aplikasi pengetahuan yang diperlajari di UTM.
- Fakulti Pendidikan sangat menyokong penglibatan semua pelajar dengan Service Learning memerlukan pelajar mengaplikasi teori yang diperlajari di UTM dilapangan sebenar.
- Fakulti Pendidikan juga banyak menawarkan dan menyediakan kursus yang melibatkan aplikasi pengetahuan yang dipelajari semasa menghasilkan projek atau produk yang sesuaian seperti kursus rekacipta dan asas rekacipta.
- Kursus di Fakulti Pendidikan merupakan gabungan antara teori dan amali. Dimana pengetahuan yang dipelajari dikukuhkan lagi dengan aplikasi semasa kelas Amali.
LAMPIRAN:
- Surat Penglibatan dalam sukan/aktivti luar yang berkaitan dengan pengajian masing-masing.
- Jadual Kerja PSM
- Laporan Service Learning
- Rancangan Pengajaran Rekacipta.
- Rancangan Pengajaran yang melibat gabungan amali dan teori.
- KUALITI PENYAMPAIAN/ PEDAGOGI
- Nyatakan kepelbagaian kaedah P & P yang dilaksanakan untuk mencapai lapan
domain MQA:
Fakulti Pendidikan telah melaksanakan kaedah P&P bagi mencapai lapan domain MQA. Antara kaedah-kaedah yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :
- Pensyarah Fakulti Pendidikan mengamalkan pelbagai teknik pengajaran yang berpusatkan pelajar seperti Service Learning, MOOCS, MIT-BLOSSOMS,OCW, e-learning, Blended Learning.
- Pihak Fakulti Pendidikan juga telah menerapkan kepada semua pensyarah agar mengamalkan Pembelajaran secara Hands-on seperti dibengkel kejuruteraan, Makmal Masak, Makmal Sains Sukan, Makmal Komputer Bistari, Makmal Multimedia, Bilik Pengukuran Penilaian, Studio dan sebagainya.
LAMPIRAN:
- Bilik Student Centered Learning
- Contoh MOOCS
- Contoh OCW
- Video MIT-Blossoms
- Blended eLearning
- Service Learning
- Pembelajaran Hands-on
- Bagaimana aktiviti P & P bersesuai dengan kurikulum.
Fakulti Pendidikan sentiasa memastikan aktiviti P&P bersesuaian dengan kurikulum seperti berikut :
- Fakulti Pendidikan telah membuat penelitian semakan kurikulum PG 2014 dalam melihat kesesuaian aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan hasil pembelajaran kurikulum yang ingin dicapai.
- Fakulti Pendidikan juga sentiasa mengadakan perbincangan CRR dan PAR diperingkat jabatan dan fakulti juga meneliti kesesuaian aktiviti P&P kurikulum yang ada.
- Mesyuarat dengan pihak berkepentingan (Kementerian Pendidikan Malaysia) untuk meneliti kesesuaian aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di Fakulti Pendidikan.
- Fakulti Pendidikan juga telah mengadakan Bengkel Course Alignment diperingkat fakulti setiap semester juga memastikan perkara tersebut dicapai.(surat panggilan mesyuarat)
LAMPIRAN:
- Contoh dokumen semakan kurikulum 2014
- Course Review Report
- Program Assessment Report
- Bengkel Course Alignment
- Surat penggilan mesyuarat bersama KPM
- Bagaimana memastikan kandungan, pendekatan dan kaedah P & P terhadap kurikulum bersesuaian dengan hasil pembelajaran:
Pihak Fakulti Pendidikan telah mengadakan beberapa inisiatif bagi memastikan kandungan, pendekatan dan kaedah P&P terhadap kurikulum bersesuaian dengan hasil pembelajaran seperti berikut :
- Penyediaan mapping Hasil Pembelajaran untuk setiap kursus bagi setiap program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.
- Penyediaan mapping Matrik Taksonomi Pembelajaran setiap kursus bagi setiap program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.
- Penyediaan mapping Matrik Aras Taksonomi Pembelajaran setiap kursus bagi setiap program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.
- Penyediaan mapping Matrik Kemahiran Insaniah setiap kursus bagi setiap program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.
- Penyediaan mapping Matrik Jumlah Jam Pembelajaran setiap kursus bagi setiap program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.
- Penyediaan mapping Matrik Taksonomi Pembelajaran setiap kursus bagi setiap program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.
- Proses pembentangan keputusan peperiksaan pad setiap semester diperingkat jabatan juga meneliti kesesuaian kandungan,pendekatan dan kaedah P&P dengan hasil pembelajaran progran yang ditawarkan.
- Semakan kurikulum oleh profesor pelawat juga melihat kesesuaian kandungan,pendekatan dan kaedah P&P dengan hasil pembelajaran program yang ditawarkan.
- Fakulti Pendidikan mengadakan bengkel Constructive Alignment pada setiap awal semester untuk memastikan pengagihan markah penilaian kursus secara adil, telus dan bersesuaian mengikut kursus yang diajar.
LAMPIRAN:
- Mapping Hasil Pembelajaran untuk setiap kursus bagi setiap program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.
- Mapping Matrik Taksonomi Pembelajaran setiap kursus bagi setiap program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.
- Mapping Matrik Aras Taksonomi Pembelajaran setiap kursus bagi setiap program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.
- Mapping Matrik Kemahiran Insaniah setiap kursus bagi setiap program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.
- Mapping Matrik Jumlah Jam Pembelajaran setiap kursus bagi setiap program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.
- Mapping Matrik Taksonomi Pembelajaran setiap kursus bagi setiap program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.
- Maklumat pembentangan keputusan peperiksaan pada setiap semester
- Semakan kurikulum oleh profesor pelawat
- Bengkel Constructive Alignment
- KUALITI PENILAIAN
- Pembuktian bahawa penilaian yang dibuat adalah mantap (telus, adil dan mudah difahami)
Kualiti penilaian menjadi elemen yang penting bagi proses penilaian kursus di Fakulti Pendidikan. Bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar, telus, adil, dan mudah difahami Fakulti Pendidikan telah menjalankan beberapa iniasatif:-
- Penubuhan Jawatankuasa Akademik Fakulti yang merupakan badan utama yang menjaga proses penilaian kursus di Fakulti Pendidikan dan membincangkan serta memperakuan segala keputusan daripada proses penilaian.
- Fakulti Pendidikan mengadakan bengkel Course Aligment pada setiap awal semester untuk memastikan pengagihan markah penilaian kursus secara adil, telus dan bersesuaian mengikut kursus yang diajar.
- Fakuli Pendidikan juga menyediakan panduan rubrik bagi proses penilaian kursus yang diajar.
- Penyediaan Skema pemarkahan dan Jadual Penentuan Ujian/Jadual Spesifikasi Ujian oleh setiap staf akademik untuk soalan peperiksaan akhir.
- Semakan kurikulum yang menelitikan agihan markah dan cara penilaian setiap kursus yang ditawarkan.
- Fakulti Pendidikan memastikan elearning setiap kursus menyatakan bagaimana proses penilaian itu dijalankan.
- Pembentangan dan perbincangan Course Review Report dan Program Assessment Report (PAR) juga meneliti kesesuaian penilaian dan pemarkahan yang diberikan untuk setiap kerja kursus yang dijalankan.
- Bagi memastikan proses penilaian proposal viva dibuat dengan baik. Fakulti Pendidikan menyediakan kerangka pembinaan proposal yang betul.
LAMPIRAN:
- Minit Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Fakulti
- Bengkel Constructive Alignment
- Panduan rubrik bagi proses penilaian kursus yang diajar.
- Contoh Skema pemarkahan
- Jadual Penentuan Ujian/Jadual Spesifikasi Ujian
- Semakan kurikulum yang menelitikan agihan markah dan cara penilaian setiap kursus yang ditawarkan.
- Course Review Report dan Program Assessmetn Report (PAR).
- Kerangka pembinaan proposal yang betul.
- Bagaimana permarkahan kerja kursus (tugasan,ujian, amali, dll) dikatakan bersesuaian.
Bagi memastikan penilaian dan pemarkahan kerja kursus dijalankan adil dan bersesuaian Fakulti Pendidikan mengadakan beberapa iniasatif iaitu:-
- Fakulti Pendidikan mengadakan bengkel Course Aligment pada setiap awal semester untuk memastikan pengagihan markah penilaian kerja kursus secara adil dan bersesuaian mengikut kursus yang diajar.
- Fakuli Pendidikan juga menyediakan panduan rubrik bagi penilaian markah bagi kerja kursus yang diajar.
- Semakan kurikulum PG 2014 juga melihat kesesuaian penilain kerja kursus dengan membuat penyemakan terhadap course outline
- Pembentangan dan perbincangan Course Review Report juga meneliti kesesuaian penilaian dan pemarkahan yang diberikan untuk setiap kerja kursus yang dijalankan.
LAMPIRAN:
- Maklumat bengkel Constructive Alignment
- Panduan Rubrik Penilaian
- Semakan Kurikulum 2014
- Course Review Report
- Bagaimana untuk memastikan pemarkahan peperiksaan akhir bersesuai dan transparen.
Proses penilaian dan pemarkahan peperiksaan akhir merupakan perkara yang dititik berat di Fakulti Pendidikan. Bagi memastikan pemarkahan peperiksaan akhir bersesuaian dan transparen Fakulti Pendidikan mengadakan beberapa iniasatif:-
- Bengkel pemurnian soalan akhir yang melibatkan penyemakan soalan peperiksaan akhir oleh sekurang-kurang dua orang staf akademik dalam bidang yang sama. Seterusnya tersebut pensyarah akan membuat pembetulan. Kertas soalan peperiksaan akhir tersebut akan disemak sekali lagi oleh Jawatankuasa Penilaian dan Petaksiran Fakulti Pendidikan.
- Pembentangan Course Review Report diperingkat jabatan juga melihat kesesuaian pemarkahan peperiksaan akhir bagi setiap kursus.
LAMPIRAN:
- Maklumat proses vetting soalan peperiksaan akhir.
- Course Review Report.
- AKTIVITI SAMPINGAN (SELAIN DARIPADA KO-KURIKULUM)
- Nyatakan bilangan pelajar yang terlibat dengan persatuan, kelab dan sukan.
Pelajar Fakulti Pendidikan banyak terlibat dengan aktiviti samping seperti dalam bidang sukan, persatuan,kelab dan sukan:-
Bil | Perkara | Bilangan | Nama Aktiviti/Persatuan |
1. | Persatuan dan Kelab | 2000 orang | Persatuan Mahasiswa Pendidikan dan Postgraduate Students Association (PGSS) |
2. | Sukan | 71 orang | Sukan Sea, Sukan Antara Universiti, Wakil Daerah |
3. | Service Learning: Kelab Suka Belajar | 588 orang | Contoh: Program Service Learning Flat Plentong Pasir Gudang |
LAMPIRAN:
- Maklumat aktiviti Persatuan Mahasiswa Pendidikan
- Laporan Service Learning
- Maklumat penglibatan pelajar Fakulti Pendidikan dalam bidang sukan
- Apakah pengiktirafan yang diberikan kepada mereka.
Mahasiswa Fakulti Pendidikan telah berjaya mendapat pengikirafan daripada pelbagai anugerah seperti dibutiran berikut anugerah sukan, anugerah kecemerlang inovasi (seperti inatex, iPhex, konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik, anugerah 3 minutes peringkat fakulti, universiti dan kebangsaan.
LAMPIRAN:
- Contoh surat penghargaan kepada pelajar
- Pingat
- Anugerah Sukan
- Sijil kemenangan pertandingan inovasi
- Apakah galakan yang dilaksanakan untuk meningkatkan kadar penglibatan pelajar.
Bagi mengalakan pelajar menyertai pelbagai aktiviti/program Fakulti Pendidikan telah melakukan beberapa iniasatif diantaranya:-
- Fakulti Pendiidkan telah menyediakan peruntukan tertentu untuk membantu pelaksanaan aktiviti persatuan Mahasiswa fakulti Pendidikan.
- Makluman mengenai aktiviti di buat Facebook FP, Websites Fakulti Pendidikan, dan hebahan secara berkala dipapan kenyataan fakulti.
- Hebahan melalui Persatuan Mahasiswa.
LAMPIRAN:
- Minit mesyuarat JKA untuk pengagihan peruntukan untuk aktiviti pelajar.
- Facebook Pengajian Siswazah Fakulti Pendidikan
- Websites Fakulti Pendidikan
B : KELUARAN (OUTPUT)
- KEBOLEHPASARAN GRADUAN
- Berapa peratusan pelajar yang telah bekerja semasa konvokesyen terakhir.
Fakulti Pendidikan merupakan antara fakulti yang berjaya melahirkan ramai graduan berkualiti tinggi. Graduan-graduan Fakulti Pendidikan merupakan graduan yang mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi iaitu 100% di mana graduan-graduan Fakulti Pendidikan diserapkan ke dalam skim perkhidmatan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Apakah initiatif yang telah diambil untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan
Kebolehpasaran graduan merupakan antara faktor penting mengapa pelajar memilih Fakulti Pendidikan sebagai platform untuk mendapatkan pengiktirafan akademik dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Antara inisiatif yang telah diambil oleh fakulti untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan ialah:
- Perbincangan dengan pihak KPM dan Industri
- Service learning
Meskipun peratusan graduan yang telah bekerja adalah tinggi, pihak fakulti sentiasa merancang dan merangka inisiatif dari masa ke semasa untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan. Beberapa insiatif telah dilaksanakan antaranya ialah program Service Learning yang telah dijalankan di kalangan komuniti bagi menunjukkan keupayaan pelajar dalam menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka terhadap masyarakat sekeliling yang mampu meningkatkan taraf kebolehpasaran graduan fakulti pendidikan.
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan telah membuat kerjasama dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dengan membantu pelajar mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia. Menerusi pertauliahan Sijil Kemahiran Malaysia, graduan Fakulti Pendidikan dilihat sebagai graduan yang berpotensi dan telah bersedia untuk menempuh alam pekerjaan.
- Pemantapan kemahiran generik
Kemahiran generik sentiasa diterapkan dalam diri pelajar Fakulti Pendidikan menerusi program kurikulum dan kokurikulum. Antara kemahiran generik yang dititikberatkan dalam kurikulum adalah kemahiran komunikasi, profesionalis, sikap, etika, kepimpinan, tanggungjawab, sosial, penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat.
- Semakan kurikulum
Semakan kurikulum yang turut dibuat pada tahun 2014 juga adalah bertujuan bagi memenuhi keperluan kebolehpasaran graduan dengan melakukan penambahbaikan kepada kandungan kurikulum yang sedia ada bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran graduan sejajar dengan peningkatan teknologi dan perkembangan ilmu semasa. Melalui semakan kurikulum tersebut, Program Objective dan Course Learning Objective dikemaskini selari dengan kehendak semasa dan industri.
LAMPIRAN:
- Data penempatan pelajar
- Mesyuarat dengan pihak KPM
- Program Service Learning
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Kemahiran Generik
- Semakan Kurikulum
- KEPUASAN GRADUAN
- Apakah bentuk maklumat dan bantuan berkaitan dengan kerjaya pelajar yang disediakan oleh fakulti/sekolah
Pelbagai bentuk maklumat dan bantuan berkaitan dengan kerjaya ada disalurkan kepada pelajar dalam usaha memastikan graduan Fakulti Pendidikan mendapat pekerjaan setimpal dengan ijazah yang diperolehi. Antara usaha-usaha tersebut adalah menganjurkan bengkel kerjaya, menyediakan pautan ke laman sesawang kerjaya dan membuat hebahan mengenai Karnival Kerjaya menerusi laman web fakulti.
- Bengkel kerjaya
Bengkel kerjaya dianjurkan oleh pihak fakulti untuk pelajar tahun akhir di mana bengkel diaturkan pada setiap semester bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan alam pekerjaan terutamanya sebagai seorang pendidik. Pelajar juga didedahkan dengan peluang pekerjaan lain yang ada dan yang sesuai dengan kelayakan yang bakal diperolehi setelah menamatkan pengajian di Fakulti Pendidikan, UTM. Dalam sesi tersebut pelajar turut diberi maklumat mengenai panduan mengisi borang kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
- Laman sesawang kerjaya
Pelajar-pelajar tahun akhir telah didedahkan kepada laman sesawang yang menyediakan maklumat permohonan kerjaya sebagai guru ataupun penjawat awam yang boleh diakses di url berikut: http://www.spp.gov.my/ dan http://www.spa.gov.my/Portal/
- Karnival kerjaya
Maklumat kerjaya turut disediakan oleh pihak-pihak lain seperti UTM khususnya dan institusi-institusi luar yang mana karnival kerjaya dianjurkan bagi memberi maklumat atau pendedahan kepada peluang-peluang kerjaya yang ada. Oleh itu, pihak fakulti memainkan peranan dalam memaklumkn sebarang info yang berkaitan dengan kerjaya kepada semua pelajar Fakulti Pendidikan.
- Bagaimana fakulti/sekolah membantu dalam menyediakan kemudahan prasarana
Bagi menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap, pihak fakulti telah menyediakan pelbagai prasarana meliputi bidang akademik dan aktiviti pembangunan pelajar. Antara tindakan yang diambil bagi merealisasikan perkara tersebut adalah dengan menyediakan kemudahan-kemudahan berikut:
- Permohonan bajet P&P
Permohonan bajet bagi menjalankan aktiviti P&P dilakukan melalui pengisian borang A dan borang B. Permohonan ini dibuat leh pensyarah di awal setiap semester sebelum P&P berlangsung.
- Perancangan pembinaan prasarana
Cadangan pembinaan prasarana dibuat sepanjang tahun dimana bergantung kepada keperluan semasa. Permohonan pembinaan prasarana akan disokong diperingkat Fakulti dan seterusnya diusulkan di peringkat kewangan Universiti. Keperluan pembinaan prasarana diperolehi melalui perbincangan di peringkat jabatan dan pengurusan. Selain itu perbincangan guna sama ruang diadakan bersama unit sukan dan akademi bahasa bagi memberi kemudahan ruang untuk mahasiswa tanpa melibatkan kos yang tinggi.
- Bagaimana fakulti memastikan prestasi pensyarah/penyelia daripada aspek kemahiran,keupayaan, penyampaian dan pengalaman adalah baik
Pihak fakulti sentiasa memastikan prestasi pensyarah dan juga penyelia adalah di tahap yang tinggi berdasarkan aspek kemahiran, keupayaan, penyampaian, penyeliaan dan pengalaman. Pelbagai langkah telah diambil seperti:
- Mesyuarat jabatan
Mesyuarat jabatan untuk mengenalpasti staf untuk dihantar bagi latihan dalam perkhidmatan.
- Jadual perancangan latihan/pembangunan mengikut bilangan staf
- Bengkel penyeliaan pensyarah muda
Bengkel penyeliaan pensyarah muda merupakan antara usaha lain fakulti untuk meningkatkan kredibiliti dan profesionalisme pensyarah yang telah memperolehi ijazah doktor falsafah bagi membolehkan mereka menyelia pelajar-pelajar phd yang lain.
- Teamteaching
Teamteaching adalah proses transformasi pengalaman dan pengetahuan oleh pensyarah berpengalaman kepada pensyarah baru bagi memastikan keupayaan pengajaran, penilaian dan penyampaian pengetahuan kepada pelajar-pelajar adalah terbaik
- Jadual sistem latihan
Fakulti dengan kerjasama UTMlead telah merangka beberapa kursus dan latihan untuk dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan yang memerlukan latihan tambahan bagi proses perkongsian dan perkembangan ilmu. Pensyarah–pensyarah juga perlu menghadiri kursus-kursus di Akademi Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk meningkatkan dan menambahbaik kemahiran yang dimiliki.
- Mengalakkan staf untuk menghadiri seminar.
- Konsep mentor-mentee program Latihan Mengajar bagi staf yang baru.
- Apakah tindakan yang fakuti/sekolah telah jalankan untuk mengetahui tahap kepuasan pelajar
Untuk menilai tahap kepuasan pelajar, beberapa tindakan telah diambil oleh pihak fakulti sebagai kayu ukur penilaian seperti ePPP, perbincangan dengan persatuan pelajar, peti aduan, medium atas talian (facebook dan email).
- Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah secara eletronik (ePPP)
ePPP adalah sistem yang diisi oleh pelajar dalam menilai pensyarah yang mengajar kursus mereka. Sistem ini dibuka pada akhir setiap semester sebelum sesi perkuliahan tamat.
- Perbincangan dengan persatuan pelajar
Perbincangan dengan persatuan pelajar diadakan menerusi mesyuarat Postgraduate Student Society (PGSS) yang diadakan sekuarang-kurangnya sekali pada setiap semester. Melalui medium ini pelajar dapat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka secara langsung.
- Peti aduan pelajar
Fakulti menyediakan peti aduan pelajar yang diletakkan di blok C22 aras 2 di pejabat akademik yang mana pelajar berpeluang untuk memberikan sebarang komen dan cadangan berkaitan akademik dan servis yang disediakan di Fakulti Pendidikan.
- Medium atas talian
Email dan Facebook merupakan antara platform yang digunakan pelajar untuk memberikan komen dan cadangan kepada pihak fakulti.
- Exits survey
Exits survey untuk kursus-kursus pendek yang dijalankan di fakulti bagi membantu pelajar dalam bidang akademik turut dilaksanakan terutama bagi menambahbaik perlaksanaan kursus-kursus tersebut.
LAMPIRAN:
- Bengkel kerjaya
- Laman sesawang kerjaya guru
- Karnival Kerjaya
- Direct offer
- Taklimat Kerjaya
- Borang A & B
- Perancangan pembinaan prasarana
- Kelulusan permohonan kewangan
- Pembelian peralatan
- Guna sama ruang
- eLPPT
- MOOCS
- OCW
- KEPUASAN MAJIKAN
Dalam mengetahui tahap kepuasan majikan, pihak fakulti telah mengambil beberapa tindakan bagi menilai dan mengenalpasti tahap kebolehfungsian fakulti sebagai sebuah pusat yang menyalurkan sumber pendidikan kepada masyarakat. Antara tindakan yang diambil adalah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, soal selidik daripada guru pembimbing, laporan Pengetua dan laporan daripada Jawatankuasa Latihan Industri dan latihan mengajar.
- Apakah tindakan yang fakulti/sekolah telah lakukan untuk mengetahui tahap kepuasan majikan
- Program Sinergi
Satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasakan pendidikan dan memartabatkan ilmu melalui Program Sinergi KPM-UTM telah ditandatangani dimana pada sesi kemasukan 2013/2014 semester 2, Fakulti telah menerima sebilangan pelajar di bawah program tersebut yang mendaftar pengajian Doktor Falsafah (PhD). Beberapa siri perbincangan telah diadakan bagi memastikan pihak KPM berpuas hati dengan program yang dirancang dan dilaksanakan bagi memperkasakan guru-guru yang akan berkhidmat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
- Laporan latihan ikhtisas
Pada masa ini seramai 2 orang staf telah menghadiri latihan ikhtisas di institusi luar iaitu sekolah, manakala seramai 2 orang staf sedang mengikuti latihan ikhtisas di sekolah-sekolah sekitar Johor. Program latihan ikhtisas ini bertujuan bagi menambahkan profesionalisma dalam bidang kepakaran masing-masing dengan cara menjalani latihan sama ada di badan-badan berkanun, kerajaan mahupun swasta dengan kelulusan Universiti. Program latihan ini membolehkan staf mengikuti perkembangan ilmu dan perubahan teknologi dalam bidang kepakaran masing-masing di samping membentuk kumpulan kerja yang lebih efektif. Objektit Latihan Ikhtisas ini adalah; i) meningkatkan bilangan staf yang mempunyai pengiktiratan kelayakan protesional (bagi bidang yang berkaitan), ii) meningkatkan pengiktiratan pihak luar terhadap Universiti, dan iii) meningkatkan jaringan dengan pihak industri.
- Perbincangan Laporan Latihan Mengajar dan Laporan Industri Pelajar.
- Nyatakan tindakan susulan yang telah dibuat berdasarkan maklum balas daripada majikan.
Bagi memastikan tahap kepuasan majikan adalah menjadi keutamaan dalam menyalurkan maklumat mengenai prestasi pelajar-pelajar yang dikeluarkan oleh fakulti, maka tindakan susulan telah diambil dengan mengalisis tahap kepuasan majikan melalui perlaksanaan mesyuarat Postmortem diantara fakulti dengan pihak sekolah. Ini bertujuan bagi mengenalpasti kekurangan yang telah dikenalpasti untuk diperbaiki dan juga bagi mengenalpasti kekuatan sistem sedia ada untuk dikekalkan selain membuat penambahbaikan ke atas sistem tersebut. Selain itu usaha lain yang telah dilaksanakan adalah melalui semakan kurikulum dan bengkel course outline yang dijalankan diperingkat fakulti.
LAMPIRAN:
- Program Sinergi – Mesyuarat dengan KPM
- Soal selidik guru pembimbing
- Laporan Pengetua
- Laporan Latihan Mengajar
- Post mortem LM
- Laporan Latihan Industri
- Semakan Kurikulum
- Bengkel Course Outline
- SIFAT – SIFAT MAHASISWA YANG GENERIK
- Sejauh mana keberkesanan P&P di fakuti/sekolah terhadap pencapaian pelajar dalam domain generik MQA
P&P di fakulti sentiasa dipantau dan dikaji untuk melihat keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar dalam domain generic MQA dalam menghasilkan serta memastikan mahasiswa memiliki sifat–sifat yang generik. Berikut adalah platform yang digunakan bagi menerapkan kemahiran generic pelajar:
- Course Review Report (CRR) dan Programme Review Report (PRR)
CRR dan PRR disediakan di peringkat fakulti antaranya bertujuan bagi menilai kebolehupayaan pelajar dalam menerapkan kemahiran generik menerusi kurikulum yang disediakan. Laporan CRR dan PRR dianalisa dari masa ke semasa bagi mengenalpasti bagaimana sifat-sifat mahasiswa yang generik ini berupaya diterapkan sepanjang program ini berjalan.
- Indeks pemetaan
Indeks pemetaan dilakukan untuk melihat hasil pembelajaran sesuatu subjek yang dipelajari oleh mahasiswa mendorong kepada pembentukan sifat-sifat mahasiswa yang generik. Indeks pemetaan ini telah didokumenkan dalam dokumentasi semakan kurikulum 2014 di mana proses P&P adalah mengambilkira kemahiran generik yang telah dinyatakan dalam dokumen kurikulum (Rancangan Pengajaran – L1)
- Laporan latihan industri
Laporan latihan industri turut dijadikan sumber penilaian bagi mengenalpasti mahasiswa yang berupaya menerapkan sifat-sifat generik sepanjang melalui proses P&P di fakulti yang kemudiannya pengaplikasiannya dapat dilihat dengan lebih telus semasa menjalani latihan industri di institusi-institusi luar.
- Laporan latihan mengajar
Laporan latihan mengajar turut dijadikan sumber penilaian bagi mengenalpasti mahasiswa yang berupaya menerapkan sifat-sifat generik sepanjang melalui proses P&P di fakulti yang kemudiannya pengaplikasiannya dapat dilihat dengan lebih telus semasa menjalani latihan mengajar di sekolah.
LAMPIRAN:
- Laporan CRR
- Laporan PRR
- Indeks pemetaan
- Laporan latihan industri
- Laporan latihan mengajar
- KRITERIA 2
SUMBANGAN FAKULTI/SEKOLAH KEPADA KAI TNC (A & A)
2.1 Bilangan industri yang terlibat dalam pelaksanaan program di fakulti
Pelbagai pihak industri sama ada sektor awam dan swasta terlibat dalam pelaksanaan program di Fakulti Pendidikan. Antaranya:
- Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Institut Aminuddin Baki (IAB), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPNM), Institut Pendidikan Guru (IPG)
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
- Majlis Sukan Negara (MSN)
- Peringkat antarabangsa (UNISMUH, UNJ, UPGIRS, UNY, UNM)
- KEPRI, Provinsi Sulawesi Selatan, Far Eastern University, Manila
- Latihan Industri
LAMPIRAN:
- Contoh surat penempatan pelajar
- Senarai pelajar yang mengikuti latihan industri
- Surat Memorandum Persefahaman (MoU) antara surat State University of Makassar (UNM) dan Universiti Teknologi Malaysia
- Surat Memorandum Persefahaman (MoU) antara Far Eastern University, Manila dan Universiti Teknologi Malaysia
2.2 Apakah bentuk sumbangan industri yang memberikan impak kepada fakulti
Antara sumbangan utama pihak industri yang memberikan impak kepada fakulti termasuklah:
- Latihan mengajar
- Pemantapan kurikulum
- Latihan industri
- Pembangunan kurikulum
- Perundingan bersama sekolah dan KPM
- Penghantaran pelajar berpenaja
LAMPIRAN:
- Contoh surat penempatan pelajar
- Senarai pelajar yang mengikuti latihan industri
- Surat Memorandum Persefahaman (MoU) antara surat State University of Makassar (UNM) dan Universiti Teknologi Malaysia
- Surat Memorandum Persefahaman (MoU) antara Far Eastern University, Manila dan Universiti Teknologi Malaysia
2.3 Apakah inisiatif fakulti dalam meningkatkan bilangan industri yang terlibat?
Pihak fakulti sentiasa berusaha dalam meningkatkan bilangan industri yang terlibat dengan pihak fakulti dari segi kerjasma pelaksanaan aktiviti, semakan kurikulum dan sebagainya. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuklah:
- Latihan industri staf
- Perundingan dengan pihak industri
- Memorandum Persefahaman (MoU)
- Road show
LAMPIRAN:
- Surat Memorandum Persefahaman (MoU) antara surat State University of Makassar (UNM) dan Universiti Teknologi Malaysia
- Surat Memorandum Persefahaman (MoU) antara Far Eastern University, Manila dan Universiti Teknologi Malaysia
2.4 Peratusan mahasiswa pascasiswazah berbanding keseluruhan mahasiswa fakulti untuk tahun 2014
Jumlah pelajar pascasiswazah di Fakulti Pendidikan sehingga penghujung tahun 2014 ialah seramai 1451 orang. Peratusan mahasiswa pascasiswazah berbanding keseluruhan mahasiswa Fakulti Pendidikan sehingga penghujung tahun 2014 ialah 83%.
2.5 Apakah inisiatif yang fakulti lakukan untuk meningkatkan peratusan ini?
Sesi-sesi akademik pada tahun 2014 iaitu semester II sesi 2013/2014 dan semester I sesi 2014/2015 menyaksikan Fakulti Pendidikan unggul sebagai fakulti yang mencatatkan pendaftaran pelajar pasca siswazah paling ramai di UTM. Hal ini berikutan inisiatif berterusan fakulti seperti:
- Roadshow
- Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
- Penambahbaikan kemudahan di fakulti
- Pengiklanan dalam media massa dan media sosial
LAMPIRAN:
- Surat Arahan bertugas “UTM Postgraduate Info Day 2014” siri pertama
- Surat Arahan bertugas “UTM Postgraduate Info Day 2014” siri kedua
- Surat lantikan sebagai petugas Karnival Pengajian Tinggi Negara ‘Jom Masuk U’ tahun 2014
- Surat cadangan ubahsuai dan naik taraf bilik studio video dan makmal fotografi kepada pihak Harta Bina.
- Contoh poster yang diedarkan melalui media sosial
2.6 Peratusan mahasiswa PhD berbanding keseluruhan mahasiswa fakulti untuk tahun 2014
Sehingga penghujung tahun 2014, jumlah mahasiswa PhD di Fakulti Pendidikan ialah seramai 446 orang. Peratusan mahasiswa PhD berbanding keseluruhan mahasiswa Fakulti Pendidikan untuk tahun 2014 ialah 25%.
2.7 Apakah inisiatif yang fakulti lakukan untuk meningkatkan peratusan ini?
Pihak Fakulti dari semasa ke semasa berusaha untuk menjalankan aktiviti promosi untuk menarik lebih ramai bakal pelajar untuk menyambung pengajian PhD mereka di fakulti. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2014 termasuklah:
- Menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk projek Sinergi.
- Roadshow
- Penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran
- Penambahbaikan kemudahan di fakulti
- Pengiklanan dalam media massa
- Pengiklanan melalui media sosial
LAMPIRAN:
- Surat Arahan bertugas “UTM Postgraduate Info Day 2014” siri pertama
- Surat Arahan bertugas “UTM Postgraduate Info Day 2014” siri kedua
- Surat lantikan sebagai petugas Karnival Pengajian Tinggi Negara ‘Jom Masuk U’ tahun 2014
- Surat PhD Sinergi
- Surat cadangan ubahsuai dan naik taraf bilik studio video dan makmal fotografi kepada pihak Harta Bina
- Contoh poster yang diedarkan melalui media sosial
2.8 Peratusan mahasiswa PhD yang bergraduasi dalam masa minimum (GOT) pada2014
Pada tahun 2014, seramai 12 orang pelajar PhD yang telah bergraduasi dalam masa minimum (GOT). Daripada jumlah tersebut lima orang merupakan pelajar antarabangsa, dan selebihnya merupakan pelajar tempatan. Peratusan mahasiswa PhD GOT pada tahun 2014 ialah 35%.
2.9 Inisiatif yang fakulti lakukan untuk meningkatkan peratusan ini
FP secara berterusan telah berusaha untuk menggalakkan pelajar pasca siswazah untuk bergraduasi dalam masa minimum (GOT). Beberapa strategi telah dilaksanakan. Antaranya:
- Program-program sokongan pelajar seperti Kolokium Pelajar Pasca Siswazah dan Bengkel Penyelidikan Pelajar Pasca Siswazah FP. Maklumat mengenai aktiviti-aktiviti tersebut disebarkan melalui email, laman web dan media sosial.
- Menganjurkan bengkel penyeliaan pasca siswazah yang mana objektif utama adalah mewujudkan kesedaran dalam kalangan penyelia dan mendapatkan maklumbalas daripada mereka bagaimana untuk membantu pelajar untuk bergraduasi dalam tempoh minimum (GOT).
- Fakulti menggalakkan pelajar dalam mod penyelidikan untuk membentangkan proposal mereka mengikut tempoh masa yang dicadangkan oleh universiti. Pengkalan data telah dibangunkan untuk menyimpan maklumat pelajar seperti semester semasa, tarikh pembentangan proposal, tajuk kajian, tarikh viva voce dan sebagainya. Maklumat GOT Plan dimuatnaik dalam laman sesawang fakulti pendidikan.
- Penganjuran 1st International Education Postgraduate Seminar (IEPS2014) pada 23rd-24th November 2014 oleh Fakulti Pendidikan. Ia merupakan platform bagi perbincangan dan pertukaran pengetahuan dalam kalangan pelajar pasca siswazah FP untuk mencapai objektif-objektif berikut:
- Menyokong pelajar pasca siswazah dalam menghasilkan kertas kerja akademik yang berkualiti
- Menyediakan peluang untuk pelajar ijazah tinggi untuk membentangkan dan mempertahankan perspektif penyelidikan mereka
- Untuk menggalakkan maklum balas terhadap kertas akademik pelajar pasca siswazah FP
- Untuk meningkatkan penerbitan kertas akademik melalui prosiding seminar, artikel jurnal dan bab-bab buku
Laman web IEPS2014 boleh dilayari di https://fest.utm.my/education-arc/ieps2014/
- Menganjurkan PG Camp untuk pelajar penyelidikan yang baru yang bertujuan memberikan pendedahan awal kepada mereka mengenai apa itu penyelidikan, bagaimana untuk menjalankan kajian yang baik, bagaimana untuk menulis dan sebagainya. Salah satu PG Camp yang telah dilaksanakan pada tahun 2014 ialah Kem Spirit of Togetherness. Rangkuman aktiviti kem tersebut telah dimuatkan dalam youtube melalui laman sesawang
https://www.youtube.com/watch?v=x18dgPJ2TB0
LAMPIRAN:
- Jadual Kolokium Pelajar Pasca Siswazah Fakulti Pendidikan 2014
- Jadual bengkel Pelajar Pasca Siswazah Fakulti Pendidikan 2014
- Surat lantikan Jawatankuasa Kem Spirit of Togetherness 2014
- Surat lantikan Program International Education Postgraduate Seminar (IEPS 2014)
- Pelan GOT kepada pelajar baru pasca siswazah
2.10 Jumlah staf di fakulti yang dilantik sebagai pengerusi atau ahli jawatankuasa dalam badan/organisasi antarabangsa.
Seramai 10 orang staf Fakulti Pendidikan telah menganggotai badan antarabangsa sepanjang tahun 2014.
LAMPIRAN:
- Senarai keanggotaan staf fakulti pendidikan dalam badan antarabangsa sepanjang tahun 2014
- Contoh keahlian staf dalam American Counseling Association
2.11 Inisiatif fakulti untuk meningkatkan lagi peratusan ini
Fakulti sentiasa berusaha untuk meningkatkan penglibatan staf akademik dan pelaksana melibatkan diri dalam badan/ organisasi antarabangsa. Antara usaha fakulti ke untuk mencapai matlamat tersebut termasuklah:
- Memberikan sokongan berterusan kepada staf
- Mengadakan taklimat/penjelasan tentang perlunya keterlibatan staf dalam badan antarabangsa
2.12 Nyatakan jumlah staf yang dilantik sebagai pakar bidang pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Seramai 28 orang staf Fakulti Pendidikan (FP) telah dilantik sebagai pakar bidang dalam pelbagai jurusan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun 2014.
LAMPIRAN:
- Senarai staf fakulti pendidikan yang dilantik sebagai pakar bidang pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun 2014
2.13 Apakah inisiatif fakulti untuk meningkatkan lagi peratusan ini?
Untuk meningkatkan bilangan staf fakulti yang dilantik sebagai pakar bidang pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pihak fakulti giat mempromosikan kepakaran bidang staf serta menggalakkan staf membuat jaringan kerjasama dengan pihak luar sama ada di dalam mahupun di luar negara.
2.14 Nyatakan peratusan staf akademik yang memiliki kelayakan professional (jurutera, arkitek, akauntan dan sebagainya)
Nama kelayakan professional | Bilangan |
Lesen kaunseling | 4 |
Vocational training manager | 4 |
Vocational training executive | 4 |
Vocational training officer | 10 |
LAMPIRAN
- Lesen Kaunseling
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
2.15 Apakah inisiatif fakulti untuk meningkatkan lagi peratusan ini?
Untuk meningkatkan bilangan staf fakulti yang memiliki kelayakan professional, pihak fakulti sentiasa menggalakkan staf untuk menghadiri latihan industri, menyediakan perkhidmatan perundingan kepada pihak industri dan menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh organisasi-organisasi professional di dalam dan luar negara.
3.0 KRITERIA 3
SUMBANGAN FAKULTI/ SEKOLAH DALAM MENJAYAKAN AKADEMIA BAHARU
- Nyatakan peratusan pelajar yang menyertai program atau aktiviti berbentuk keusahawanan
Kemahiran keusahawanan merupakan salah satu kemahiran insaniah yang dirancang untuk diterapkan kepada pelajar di peringkat sarjana muda mahupun pascasiswazah. Sebagai contoh, kemahiran keusahawanan adalah salah satu Program Outcome (PO) bagi kursus Pendidikan Teknik & Vokasional. Justru, penekanan diberikan kepada kemahiran ini dalam kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar.
Berikut merupakan kursus-kursus yang menekankan kemahiran keusahawanan:
Kod Kursus
|
Nama Kursus | Peringkat | Bil Pelajar Terlibat |
UHAS 3102 | Keusahawan dan Pembangunan Perusahaan | Sarjana Muda | 54 |
SPPL 2142 | Operasi Perkhidmatan Makanan | Sarjana Muda | 13
|
Jumlah pelajar sarjana muda (308 orang) |
67
(21.8%) |
3.2 Apakah initiatif fakulti/sekolah untuk meningkatkan kadar penyertaan ini.
Fakulti Pendidikan mengambil beberapa initiatif untuk meningkatkan kadar penyertaan pelajar, antaranya ialah;
- Menggalakkan pelajar mengambil kursus-kursus keusahawanan yang ditawarkan dalam program sedia ada.
- Menambah kursus elektif baharu yang khusus tentang keusahawanan (MPPV 1363: Keusahawanan dalam Pendidikan Teknik & Vokasional) semasa semakan kurikulum pascasiswazah.
- Menggalakkan pensyarah merancang pemupukan aktiviti keusahawanan walaupun kursus bukan khusus tentang keusahawanan. Contoh: Kursus Operasi Perkhidmatan Makanan turut menekankan kemahiran keusahawanan dengan mengadakan jualan produk makanan yang telah dihasilkan.
3.3 Nyatakan bilangan kursus ysng melaksanakan pembelajaran berasaskan kajian kes.
Pembelajaran menggunakan pendekatan kajian kes dijalankan secara formal khususnya dalam kursus-kursus yang ditawarkan pada peringkat pascasiswazah. Antara kursus yang menjalankan aktiviti pembelajaran kajian kes adalah seperti berikut:
Kod Kursus
|
Nama Kursus |
MPPE 1323 | Kecelaruan Tingkah Laku
|
MPPE 1123 | Psikologi Pendidikan Lanjutan
|
MPPK 1313 | Inovasi dalam pendidikan kimia
|
Bagi pelajar sarjana muda pula, aktiviti pembelajaran kajian kes dilakukan melalui program Harvard Business School Case Study. Iaitu setiap pelajar mengikut program pada tahun pengajian terlibat. Kursus Harvard Business School Case Study dijalankan secara terasing daripada kurikulum pengajian.
- Apakah impak yang signifikan hasil daripada kajian kes ini?
Impak pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan kajian kes dapat dilihat dari pelbagai sudut.
Impak dalaman :
Dari aspek dalaman, impak dapat dilihat pada pelajar, pensyarah, fakulti dan universiti.
- pelajar
- memberi pelajar pendedahan dan kepekaan terhadap dunia luar yang boleh dikaitkan dengan bidang pengajian
- mengembangkan ilmu dan pengetahuan
- memperolehi maklumat sebenar
- mempelbagai kemahiran pelajar
- berkeupayaan menonjolkan ketrampilan diri
- meningkatkan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
- melahirkan tenaga mahir dalam bidang penyelidikan
- pensyarah,
- menerapkan sikap proaktif dan inovatif pensyarah
- membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pengurusan organisasi
- membantu meningkatkan kepekaan pensyarah terhadap permasalahan sebenar masyarakat justru dapat memberi khidmat kepada masyarat dengan lebih berkesan
- fakulti,
- meningkatkan tahap pencapaian fakulti
- menentukan perjalanan aktiviti yang dibangunkan dalam kurikulum kursus
- menyediakan kursus yang relevan dan sesuai dengan pelajar
- networking dengan pihak industri / sekolah
- universiti
- melahirkan graduan yang berinovasi, kreatif dan mampu memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat
- rubrik pemarkahan bagi pembelajaran kajian kes telah dihasilkan dan digunapakai di peringkat universiti
Impak luaran :
Impak luaran pula dilihat dari aspek masyarakat umum . Jalinan antara pihak universiti dan masyarakat akan dapat membantu mengenalpasti permasalahan sebenar dalam masyarakat justru usaha-usaha yang relevan dapat dilakukan oleh pihak universiti bagi membantu masyarakat.
- Nyatakan aktiviti pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan di fakulti/sekolah
Pembelajaran sepanjang hayat ditekankan dalam program-program yang ditawarkan sama ada di peringkat sarjana muda mahupun di peringkat pascasiswazah. Ini boleh dilihat daripada pemetaan PO bagi kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dalam kursus-kursus yang ditawarkan.
Selain aktiviti p&p yang bertujuan untuk memupuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kursus-kursus yang ditawarkan, Fakulti Pendidikan juga telah turut melaksanakan pelbagai aktiviti pembelajaran sepanjang hayat di luar konteks program pengajian. Aktiviti-aktiviti pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan di Fakulti Pendidikan adalah seperti berikut:
- Aktiviti Service Learning dan Khidmat Masyarakat
- Latihan Mengajar
- GOP pelajar
- Mobiliti pelajar (termasuk Latihan Mengajar antarabangsa)
- Mobiliti staf.
- Program Bina Insan Guru (BIG)
- Program-program sokongan pelajar pascasiswazah
- Kolokium
- Kem Pascasiswazah
- Apakah impak daripada aktiviti yang dilaksanakan
- pelajar :
- pengetahuan:
- mengembangkan ilmu dan daya kognitif pelajar bagi menghadapi cabaran dalam pembelajaran dan juga penyelidikan.
- membentuk sahsiah dan juga emosi.
- menjana idea-idea kreatif oleh pelajar
- kemahiran insaniah:
- mendalami kemahiran insaniah secara langsung dan tidak langsung.
- meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta mengurus sekolah sebagai persediaan mengajar
- meningkatkan profesionalisme dalam bidang perguruan
- sikap:
- meningkatkan motivasi dan keyakinan diri pelajar
- pelajar lebih komited terhadap penyelidikan
- fakulti dan universiti:
- aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan dapat membantu meningkatkan imej FP dan UTM pada mata masyarakat Malaysia dan antarabangsa. Ini secara tidak langsung dapat membantu pemasaran dan pengantarabangsaan program UTM.
3.7 Aktiviti yang fakulti/sekolah telah laksanakan bagi memberikan kefahaman kepada staf tentang akademia baharu.
Fakulti telah mangambil langkah proaktif dalam memberi kefahaman tentang academia baharu kepada staf FP mahupun staf UTM melalui pelbagai program. Berikut merupakan senarai aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tahun 2014 bagi meningkatkan kefahaman staf terhadap academia baharu:
- Bengkel dan siri ceramah/ perkongsian ilmu tentang pendekatan pengajaran yang berkaitan dengan New Pedagogy.
- Beberapa siri bengkel dan perkongsian ilmu telah diberi kepada pensyarah / penyelia di FP bagi meningkatkan kefahaman staf tentang pendekatan pengajaran seperti MIT Blossom, peer instructions dan HOTS.
- Pensyarah FP turut aktif memberi pendedahan kepada staf UTM (dengan kerjasama CTL) tentang pendekatan pengajaran New Pedagogy seperti Service learning, scenario based learning
- Menjemput professor pelawat – Prof Eric Mazur ke fakulti pendidikan bagi membincangkan kaedah peer instructions bersama staff dan pelajar
- Aktiviti memantapkan kemahiran penyelidikan dan penulisan staf.
- Pelbagai bengkel atau kursus disediakan bukan sahaja untuk pelajar, tetapi juga untuk staf seperti bengkel Rarsch model dan Structural Equation Model bagi memantapkan kemahiran penyelidikan.
- Bengkel penulisan jurnal, book chapter dan lain-lain bagi membantu meningkatkan penulisan staf.
- Website New Pedagogy
- Antara projek penyelidikan yang dilaksanakan di FP telah menghasilkan satu website bagi membantu proses pengajaran yang menekankan pendekatan new pedagogy.
- fp.utm.my/ibl
- Menggalakkan staf menyertai kursus-kursus berkaitan akademia baharu kendalian CTL dan AKEPT
- Book chapter tentang akademia baharu
– Hampir semua bab dalam buku ini ditulis oleh staf Fakulti Pendidikan
3.8 Bagaimana respon daripada staf tentang akademia baharu?
Secara keseluruhan respon staf mengenai academia baru di Fakulti Pendidikan adalah amat mengalakkan. Dimana ramai staf akademik Fakulti Pendidikan terlibat didalam Inovasi Pembelajaran Akademia Baru.
LAMPIRAN:
- Senarai aktiviti pembelajaran sepanjang hayat : service learning, mobility dsb
- Senarai pelajar mendaftar kursus keusahawanan (sarjana muda)
- Artikel jurnal berkaitan penerimaan pensyarah berkaitan akademia baharu (new pedagogy)
- Surat-surat panggilan bengkel
- Senarai kolokium 2014
- Senarai aktiviti support program PGSS 2014
- KRITERIA 4
SUMBANGAN FAKULTI KEPADA PERKHIDMATAN MASYARAKAT
4.1 Nyatakan projek kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh fakulti/sekolah.
Fakulti Pendidikan giat melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi mendekatkan staf dan pelajar fakulti pendidikan dengan komuniti. Sepanjang tahun 2014, projek-projek kemasyarakatan yang dilaksanakan termasuklah
- Kursus Pengurusan Rangkaian Komputer dan Telekomunikasi di SMK Mutiara Rini, SMK Engku Tun Aminah JB dan di Makmal Rekabentuk FP yang bertujuan mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran menggunakan rangkaian computer dan telekomunikasi Program Jalinan Pendidikan FPUTM di SMK Seri Kenanga Buloh Kasap, Segamat bagi membantu pelajar menguasai kemahiran merekabentuk menggunakan perisian
- Program Sekolah Dalam Hospital merupakan kerjasama antara Fakulti Pendidikan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan Nurul Yaqeen yang dinaungi oleh Yg. Bhg. Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Program khas ini adalah di bawah Hati Nurani yang diasaskan oleh Yg. Bhg. Isteri kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Program ini dapat membantu mengurangkan beban kesakitan pelajar yang sakit dan ditahan di wad bagi mengisi masa lapang mereka di samping belajar dalam cara yang menyeronokkan. Hasilnya, pelajar bukan sahaja dapat belajar, malah komuniti pensyarah dan pelajar UTM dapat menginsankan pendidikan melalui khidmat masyarakat yang bukan sahaja menitikberatkan aspek kognitif pelajar, malah aspek nilai dan afektif. Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) di wad dan di dalam sekolah selama empat kali semasa cuti sekolah sepanjang tahun 2014 iaitu
Tarikh | Tempat |
4-12-2014 | SDH di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru |
8-12-2014 | SDH di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar |
16-12-2014 | SDH di Hospital Pakar Sulatanah Fatimah, Muar |
18-12-2014 | SDH di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru |
- Smart Life of single mother system: A new Interactive Portal yang diketuai oleh PM Dr Faizah Abdul Ghani Menerima penghargaan media dari RU Event yang telah menerima Gold Medal dari Malaysian International counseling conference 2014, Bronze Medal dari MTE 2014, menerima penghargaan daripada YPK dan mendapat liputan media dari Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia,Sinar Harian, New Straits Times dan The Star.
- Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Fakulti Pendidikan UTM juga menjadi ‘champion’ dan pakar rujuk dalam aspek KBAT yang ditekankan dalam sistem pendidikan kebangsaan apabila beberapa orang pensyarah FP kerap dipanggil memberikan ceramah KBAT di sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan pendidikan.
- Bagi memberi kesedaran pelajar sekolah menengah terhadap jurusan sains yang menunjukkan kemerosotan dari segi bilangan pelajar yang memilihnya, PM Dr Fatin Aliah Phang aktif mengadakan bengkel berkaitan pendidikan sains antaranya di Petrosains, Hidayah Centre Johor, SMK Taman Johor Jaya dan Felda Taib Andak. Beliau juga mengadakan Thinkering workshop (Engineering for schools) di SMK Kota Damansara, KL) dan terlibat dalam program Eco-life challenge anjuran IRDA.
- Staf fakulti yang diketuai oleh Pengerusi Kelab Keluarga dan Kebajikan Staf, Dr Roslee Ahmad telah mengadakan misi bantuan bajir ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada penghujung tahun 2014 untuk mengedarkan bantuan kepada mangsa banjir
- Service-learning atau pembelajaran berasaskan komuniti merupakan wadah dan wahana yang penting dalam melestarikan masyarakat secara berterusan. Service-learning dapat membawa manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada pelajar, komuniti universiti serta agensi luar yang terlibat. Sepanjang tahun 2014, Fakulti Pendidikan aktif melaksanakan service learning bagi tujuan mengukuhkan hasil pembelajaran pelajar melalui proses menghubungkaitkan antara kandungan pengajian dengan peluang memberi perkhidmatan kepada komuniti. Pendekatan ini memerlukan gabungan kepakaran dan pengalaman pensyarah serta komitmen pelajar dalam memberi perkhidmatan. Antara projek Service-learning yang dilaksanakan sepanjang tahun 2014 seperti berikut:
Ketua kumpulan | Projek Service-learning | Keterangan |
En Shahrin Hashim |
Projek Pembangunan Kg Khleangsbek Cambodia, Sebagai Kg Budaya
|
· Berita tentang projek dipaparkan dalam Majalah Habitat Magazine dan Majalah Reserve Unreserve
· Dilantik sebagai Penyelaras Modul CBL, KPM
· Dilantik untuk membentangkan projek Service Learning di Magnetic
· Projek Pembangunan Kg Khleangsbek telah dijadikan contoh pembangunan komuniti ASEAN 2015
· Membuat pembentangan tentang projek di Jogjakarta
|
Projek bioteknologi Transformasi Sisa Taman Hutan Bandar, MBJB | · Menjimatkan perbelanjaan untuk membeli baja tanaman di Hutan Bandar
|
|
Program Muafakat Sejahtera Pasir Gudang | · Projek contoh Parlimen Pasir Gudang dan MB Johor
|
|
Projek Pembangunan Sg Melayu, Iskandar Malaysia bersama IRDA
|
· Membantu Kg Sungai Melayu mendapat status Kampung Warisan, Kem Kedudayaan dan Pelancongan
|
|
Program Service Learning bersama pelajar di Kg Indai, Sabah | · Membantu MPIB memperkenalkan benih nanas MD2
|
|
Program Service Learning bersama pelajar di Santubong, Sarawak | · Membangunkan Ekotourism kepada penduduk tempatan
|
|
Program Service Learning di Felda Air Tawar 3 | · Membangunkan Hab biotek Kota Tinggi
|
|
Program Pendidikan di Kulai Jaya | · Memberikan khidmat pendidikan kepada komuniti
|
|
PM Dr Mohamed Sharif Mustaffa | Program Summer Camp di SK Taman Universiti | · Memberikan khidmat pendidikan kepada komuniti
|
Khidmat Komuniti I-CAMP | ||
Program Permata Pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor | ||
Dr Zainudin Hassan
|
Program Karnival Komuniti 3S – CIDB 2014 di Kg Orang Asli Simpang Arang , Gelang Patah, Johor pada 18-19 April 2014 | · Menjalin hubungan dengan orang Asli di Gelang Patah dan Pembinaan Perpustakaan Mini di kampung ini.
|
Program Penyembelihan Ayam : Teori dan Praktikal 2014 pada 19 April di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak, UTM, Skudai, Johor | · Mahasiswa dan mahasiswi didedahkan dengan cara penyembelihan yang betul
|
|
Program Kesedaran Kitar Semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sutera, JB pada 10 Mei 2014 | · Pelajar dan sekolah didedahkan kepada kesedaran kitar semula
|
|
Program Kamar Mawar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Haji Manan 86000 Kluang Johor pada 15 Mei 2014 | · Mewujudkan tandas yang dijaga dengan bersih di sekolah
|
|
Program Kiosk Pendidikan Digital pada 2 Mei 2014 di Sek. Men Keb. Tanjung Adang, Gelang Patah, Johor. | · Membina kiosk pendidikan Digital di sekolah
|
|
Program Iqra – Reading Programme di Sekolah Rendah Kebangsaan Sedenak, Kulaijaya Johor pada 20 Mei 2014 | · Program membaca dalama kalangan pelajar dan masyarakat
|
|
Program Give, Trade and Preserve, 2014.Dewan Semai bakti Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi 16 Disember 2014 | · Menggalakkan keushawanan dalam kalangan pelajar UTM
|
|
Sekolah Lestari Pu Sze 2014 , di SJK ( C) PU Sze, Skudai, Johor pada 15 November 2014 | · Penjimatan elektrik dan air di sekolah | |
Program Pembangunan Lestari UTM 2014 di SK Taman Pasir Putir, Pasir Gudang, Johor 6 November 2014 | · Mendedahkan tentang sekolah lestari
|
|
Program Kraf Lestari Kreatif (KLEK) di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah pada 13 November 2014 | · Pelajar sekolah didedahkan kepada guna semula bahan terbuang sebagai barang kraftangan | |
Dr Mahani Mokhtar | Bersama pelajar MPF 1363 mengadakan program Service | · Memberikan khidmat pendidikan kepada komuniti
|
Learning di SK Orang Asli Sayong Pinang Kulai dan SMK Aminudin Baki Johor Bahru | ||
Dr Mohd Zolkifli bin Abdul Hamid | Mengadakan program pemakanan komuniti di Kampong Bukit Changgang Banting Selangor | · Menyedarkan komuniti tentang pemakanan seimbang |
Cik Hafizah Haron | Melibatkan diri dalam projek orang asli Belum | · Memberi khidmat komuniti |
P.M Dr Yeo Kee Jiar | Terlibat dalam pelatihan guru di Pusat Aktiviti, Persatuan Down Syndrome Johor dan Akademi Pandawas | · Guru memperolehi kemahiran dan pengetahuan dalam bidang
|
Puan Asha Hashim
|
Bengkel Baby wearing bersama Pertubuhan NGO Tebrau Baby Wearing Society | · Memberi pendedahan kepada baby wearing |
4.2 Apakah impak hasil daripada projek ini.
- mendedahkan pelajar dengan pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran menggunakan perisian atau teknologi kepada masyarakat sekolah.
- Pelajar dapat proses menghubungkaitkan antara kandungan pengajian dengan peluang memberi perkhidmatan kepada komuniti.
- Mengurangkan kesukaran dan beban yang ditanggung oleh komuniti yang kurang bernasib baik seperti mangsa banjir dan kanak-kanak di wad hospital.
- Mengenalpasti dan menyelesaikan isu dan masalah dalam komuniti
- Menggunakan kemahiran insaniah untuk menjayakan program
- Membangunkan kesejahteraan komuniti setempat hasil pemindahan teknologi daripada universiti
- Memberi peluang kepada universiti memindahkan teknologi kepada komuniti dan menaikkan imej universiti dalam jalinan kemasyarakatan dan industri.
4.3 Apakah iniatif yang telah dibuat untuk meningkan kadar penglibatan ini.
- Mengadakan bengkel untuk mendedahkan service learning kepada pensyarah-pensyarah lain.
- Penubuhan Jawatankuasa Service Learning diperingkat fakulti.
4.4 Nyatakan pengiktirafan oleh masyarakat kepada fakulti/sekolah
Sepanjang tahun 2014 turut menyaksikan ramai staf Fakulti Pendidikan menerima pelbagai anugerah sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antaranya. Senarai anugerah sebagaimana yang ditunjukkan dalam Lampiran.
LAMPIRAN:
- Senarai pengiktirafan yang diterima staf Fakulti Pendidikan sepanjang tahun 2014
- Surat lantikan penceramah Key-note mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
- Surat jawatankuasa program Sekolah Dalam Hospital (SDH)
- Surat Jawatankuasa Muafakat Sejahtera Pasir Gudang
- Surat Jawatankuasa Majlis Projek Pembangunan Kampung Budaya Lestari Antarabangsa, Kemboja.
- Surat lantikan AJK Service Learning
- KRITERIA 5
LAIN-LAIN SUMBANGAN FAKULTI YANG MEMBERIKAN IMPAK KEPADA UTM BRANDING
5.1 Nyatakan aktiviti staf dan pelajar yang telah dilaporkan oleh media
PM Dr Faizah Abdul Ghani telah menerima penghargaan media RU Event. Beliau telah ditemubual melalui media elektronik (Astro Awani) dan media massa (Utusan Malaysia dan Sinar Harian). Maklumat berkaitan boleh dilayari melalui laman-laman sesawang berikut:
- http://m.english.astroawani.com/malaysia-news/utm-creates-website-help-single-mothers-29128
- http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/utm-wujud-laman-sesawang-bantu-ibu-tunggal-1.245682
- http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kampus/20130313/ka_01/
Dr. Adibah Abdul Latif pula telah mengharumkan nama UTM umumnya, dan Fakulti Pendidikan khususnya apabila memenangi Anugerah Tesis Terbaik Yayasan Nurul Yaqeen 2014
- http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kampus/20140707/ka_01/Pensyarah-UTM-menang-tesis-terbaik
- http://www.thesundaily.my/news/1094453
LAMPIRAN
- Sidang media dan pencapaian ru universiti
- Sijil Tesis PhD terbaik
- Bagaimana fakulti berperanan untuk meningkatkan visibility UTM secara global.
Bagi memastikan Fakulti Pendidikan dan UTM dikenali diperingkat global Fakulti Pendidikan telah terlibat dalam pelbagai aktiviti diperingkat global. Diantaranya:-
- Program Latihan Mengajar Antarabangsa
- Program Service Learning Antarabangsa
- Latihan/Bengkel di Universiti luar Negara.
- Memperluaskan program kerjasama dengan universiti antara bangsa.
- Menandatangani LoC dengan beberapa Universiti antarabangsa seperti Far Eastern University-Pilipina
- Menjemput pensyarah luar Negara sebagai pemeriksa tesis pelajar.
5.3 Staf yang diundang sebagai pakar oleh media elektronik
Beberapa orang staf fakulti telah ditemubual oleh media elektronik di Indonesia sempena pelaksanaan Latihan Mengajar Antarabangsa di sana.
5.4 Penggunaan Branding UTM dalam promosi fakulti
1.0 Penglibatan pensyarah Fakulti Pendidikan dalam menghasilkan video UTM MIT Blossoms |
• Dr. Johari Surif | Why pay more: https://blossoms.mit.edu/videos/lessons/why_pay_more
|
• Dr. Norhasniza Ibrahim
• Dr. Johari Surif • Dr. Mahani Mokhtar • Dr. Noor Dayana Abd Halim • Pn. Marlina Ali • Dr. Nurbiha A Shukor • Dr. Shaharuddin Md Salleh • Assoc Prof Dr. Zaleha Ismail |
Save Our Kingdom (in relation to the chemistry topic – Conservation of Mass)
https://blossoms.mit.edu/videos/lessons/save_our_kingdom_relation_chemistry_topic_conservation_mass
|
|
• Dr. Zaleha Abdullah
• En. Juhazreen Junaidi • Dr. Norah Md. Noor • Dr. Noor Azean Atan • Dr. Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said • Dr. Shaharuddin Md Salleh |
Is There A Connection Between Computer Network Topologies And A Malaysian Wedding?
|
|
2.0 Penglibatan Staf Akademik dalam Open Courseware (OCW) | 28 kursus di Fakulti Pendidikan terlibat dalam pelaksanaan OCW UTM. | http://ocw.utm.my/course/category.php?id=7&perpage=20&page=0 |