+607-5534026 +607-5532206 fest@utm.my

1.0 KELUARAN (OUTPUT)

  1. KELUARAN (OUTPUT)

 

  • KURIKULUM

 

  • Kebolehpasaran graduan

 

  • Berapa peratusan pelajar yang telah bekerja semasa konvokesyen terakhir?

 

Fakulti Pendidikan merupakan antara fakulti yang berjaya melahirkan ramai graduan berkualiti tinggi. Graduan-graduan Fakulti Pendidikan merupakan graduan yang mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi iaitu 100% di mana graduan-graduan Fakulti Pendidikan diserapkan ke dalam skim perkhidmatan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

  • Apakah initiatif yang telah diambil untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan?

 

Kebolehpasaran graduan merupakan antara faktor penting mengapa pelajar memilih Fakulti Pendidikan sebagai platform untuk mendapatkan pengiktirafan akademik dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Antara inisiatif yang telah diambil oleh fakulti untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan ialah:

 

  1. Perbincangan dengan pihak KPM dan Industri

 

  1. Service learning

Meskipun peratusan graduan yang telah bekerja adalah tinggi, pihak fakulti sentiasa merancang dan merangka inisiatif dari masa ke semasa untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan. Beberapa insiatif telah dilaksanakan antaranya ialah program Service Learning yang telah dijalankan di kalangan komuniti bagi menunjukkan keupayaan pelajar dalam menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka terhadap masyarakat sekeliling yang mampu meningkatkan taraf kebolehpasaran graduan fakulti pendidikan.

 

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan telah membuat kerjasama dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dengan membantu pelajar mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia. Menerusi pertauliahan Sijil Kemahiran Malaysia, graduan Fakulti Pendidikan dilihat sebagai graduan yang berpotensi dan telah bersedia untuk menempuh alam pekerjaan.

 

  1. Pemantapan kemahiran generik

Kemahiran generik sentiasa diterapkan dalam diri pelajar Fakulti Pendidikan menerusi program kurikulum dan kokurikulum. Antara kemahiran generik yang dititikberatkan dalam kurikulum adalah kemahiran komunikasi, profesionalis, sikap, etika, kepimpinan, tanggungjawab, sosial, penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat.

 

  1. Semakan kurikulum

Semakan kurikulum yang turut dibuat pada tahun 2014 juga adalah bertujuan bagi memenuhi keperluan kebolehpasaran graduan dengan melakukan penambahbaikan kepada kandungan kurikulum yang sedia ada bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran graduan sejajar dengan peningkatan teknologi dan perkembangan ilmu semasa. Melalui semakan kurikulum tersebut, Program Objective dan Course Learning Objective dikemaskini selari dengan kehendak semasa dan industri.

 

 

LAMPIRAN:

  1. Data posting
  2. Mesyuarat dengan pihak KPM
  • Program Service Learning
  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  2. Kemahiran Generik
  3. Semakan Kurikulum

 

 

  • Kepuasan graduan

 

  • Apakah bentuk maklumat dan bantuan berkaitan dengan kerjaya pelajar yang disediakan oleh fakulti/sekolah

 

Pelbagai bentuk maklumat dan bantuan berkaitan dengan kerjaya ada disalurkan kepada pelajar dalam usaha memastikan graduan Fakulti Pendidikan mendapat pekerjaan setimpal dengan ijazah yang diperolehi. Antara usaha-usaha tersebut adalah menganjurkan bengkel kerjaya, menyediakan pautan ke laman sesawang kerjaya dan membuat hebahan mengenai Karnival Kerjaya menerusi laman web fakulti.

 

  1. Bengkel kerjaya

Bengkel kerjaya dianjurkan oleh pihak fakulti untuk pelajar tahun akhir di mana bengkel diaturkan pada setiap semester bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan alam pekerjaan terutamanya sebagai seorang pendidik. Pelajar juga didedahkan dengan peluang pekerjaan lain yang ada dan yang sesuai dengan kelayakan yang bakal diperolehi setelah menamatkan pengajian di Fakulti Pendidikan, UTM. Dalam sesi tersebut pelajar turut diberi maklumat mengenai panduan mengisi borang kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

 

  1. Laman sesawang kerjaya

Pelajar-pelajar tahun akhir telah didedahkan kepada laman sesawang yang menyediakan maklumat permohonan kerjaya sebagai guru ataupun penjawat awam yang boleh diakses di url berikut: http://www.spp.gov.my/ dan http://www.spa.gov.my/Portal/

 

 

  1. Karnival kerjaya

Maklumat kerjaya turut disediakan oleh pihak-pihak lain seperti UTM khususnya dan institusi-institusi luar yang mana karnival kerjaya dianjurkan bagi memberi maklumat atau pendedahan kepada peluang-peluang kerjaya yang ada. Oleh itu, pihak fakulti memainkan peranan dalam memaklumkn sebarang info yang berkaitan dengan kerjaya kepada semua pelajar Fakulti Pendidikan.

 

  • Bagaimana fakulti/sekolah membantu dalam menyediakan kemudahan prasarana

 

Bagi menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap, pihak fakulti telah menyediakan pelbagai prasarana meliputi bidang akademik dan aktiviti pembangunan pelajar. Antara tindakan yang diambil bagi merealisasikan perkara tersebut adalah dengan menyediakan kemudahan-kemudahan berikut:

 

  1. Permohonan bajet P&P

Permohonan bajet bagi menjalankan aktiviti P&P dilakukan melalui pengisian borang A dan borang B. Permohonan ini dibuat leh pensyarah di awal setiap semester sebelum P&P berlangsung.

 

  1. Perancangan pembinaan prasarana

Cadangan pembinaan prasarana dibuat sepanjang tahun dimana bergantung kepada keperluan semasa. Permohonan pembinaan prasarana akan disokong diperingkat Fakulti dan seterusnya diusulkan di peringkat kewangan Universiti. Keperluan pembinaan prasarana diperolehi melalui perbincangan di peringkat jabatan dan pengurusan. Selain itu perbincangan guna sama ruang diadakan bersama unit sukan dan akademi bahasa bagi memberi kemudahan ruang untuk mahasiswa tanpa melibatkan kos yang tinggi.

 

 

  • Bagaimana fakulti memastikan prestasi pensyarah/penyelia daripada aspek kemahiran,keupayaan, penyampaian dan pengalaman adalah baik

 

Pihak fakulti sentiasa memastikan prestasi pensyarah dan juga penyelia adalah di tahap yang tinggi berdasarkan aspek kemahiran, keupayaan, penyampaian, penyeliaan dan pengalaman. Pelbagai langkah telah diambil seperti:

 

  1. Mesyuarat jabatan

Mesyuarat jabatan untuk mengenalpasti staf untuk dihantar bagi latihan dalam perkhidmatan.

 

  1. Jadual perancangan mengikut bilangan staf
  2. Bengkel bab dalam buku (bookchapter)

Bengkel bab dalam buku dianjurkan oleh pihak fakulti dengan kerjasama penerbit UTM dengan memberikan taklimat dan bantuan dalam penyediaan bab dalam buku oleh pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan.

 

  1. Bengkel penulisan jurnal

Inisiatif ketua kumpulan penyelidikan (Research Group) dan juga fakulti telah berjaya menganjurkan beberapa bengkel penulisan jurnal bertujuan memberi pendedahan pada gaya dan teknik penulisan jurnal kepada semua pensyarah bagi membantu meningkatkan bilangan penerbitan yang diindeks.

  1. Bengkel penyeliaan pensyarah muda

Bengkel penyeliaan pensyarah muda merupakan antara usaha lain fakulti untuk meningkatkan kredibiliti dan profesionalisme pensyarah yang telah memperolehi ijazah doktor falsafah bagi membolehkan mereka menyelia pelajar-pelajar phd yang lain.

 

  1. Teamteaching

Teamteaching adalah proses transformasi pengalaman dan pengetahuan oleh pensyarah berpengalaman kepada pensyarah baru bagi memastikan keupayaan pengajaran, penilaian dan penyampaian pengetahuan kepada pelajar-pelajar adalah terbaik

 

  1. Jadual sistem latihan

Fakulti dengan kerjasama UTMlead telah merangka beberapa kursus dan latihan untuk dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan yang memerlukan latihan tambahan bagi proses perkongsian dan perkembangan ilmu. Pensyarah–pensyarah juga perlu menghadiri kursus-kursus di Akademi Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk meningkatkan dan menambahbaik kemahiran yang dimiliki.

 

  1. Pembentangan persidangan.

 

  1. Massive Open Online Course (MOOCS)

MOOCS merupakan kursus dalam talian yang menawarkan medium interaktif melibatkan pensyarah dan pelajar berinteraksi antara satu sama lain.

 

  1. UTM Open Courseware

UTM Open Courseware atau lebih dikenali dengan OCW adalah koleksi bahan–bahan pembelajaran digital berkualiti tinggi yang berdasarkan kursus-kursus yang ditawarkan di universiti ini. Bahan pembelajaran ini termasuk nota kuliah, rancangan pelajaran dan soalan latihan. Kursus-kursus yang dibangunkan menerusi OCW ditawarkan kepada seluruh dunia, tanpa sebarang bayaran. Ia bertujuan untuk membolehkan perkongsian ilmu pengetahuan berlaku menerusi bahan kursus OCW supaya dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang memerlukannya. OCW juga bertindak sebagai salah satu sumbangan ke arah meningkatkan kualiti pendidikan sejagat.

 

 

  • Apakah tindakan yang fakuti/sekolah telah jalankan untuk mengetahui tahap kepuasan pelajar

 

Untuk menilai tahap kepuasan pelajar, beberapa tindakan telah diambil oleh pihak fakulti sebagai kayu ukur penilaian seperti ePPP, perbincangan dengan persatuan pelajar, peti aduan, medium atas talian (facebook dan email).

 

  1. Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah secara eletronik (ePPP)

ePPP adalah sistem yang diisi oleh pelajar dalam menilai pensyarah yang mengajar kursus mereka. Sistem ini dibuka pada akhir setiap semester sebelum sesi perkuliahan tamat.

 

  1. Perbincangan dengan persatuan pelajar

Perbincangan dengan persatuan pelajar diadakan menerusi mesyuarat Postgraduate Student Society (PGSS) yang diadakan sekuarang-kurangnya sekali pada setiap semester. Melalui medium ini pelajar dapat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka secara langsung.

 

  1. Peti aduan pelajar

Fakulti menyediakan peti aduan pelajar yang diletakkan di blok C22 aras 2 di pejabat akademik yang mana pelajar berpeluang untuk memberikan sebarang komen dan cadangan berkaitan akademik dan servis yang disediakan di Fakulti Pendidikan.

 

  1. Medium atas talian

Email dan Facebook merupakan antara platform yang digunakan pelajar untuk memberikan komen dan cadangan kepada pihak fakulti.

 

  1. Exits survey

Exits survey untuk kursus-kursus pendek yang dijalankan di fakulti bagi membantu pelajar dalam bidang akademik turut dilaksanakan terutama bagi menambahbaik perlaksanaan kursus-kursus tersebut.

 

LAMPIRAN:

  1. Bengkel kerjaya
  2. Laman sesawang kerjaya guru
  • Karnival Kerjaya
  1. Direct offer
  2. Taklimat Kerjaya
  3. Borang A & B
  • Perancangan pembinaan prasarana
  • Kelulusan permohonan kewangan
  1. Pembelian peralatan
  2. Guna sama ruang
  3. eLPPT
  • MOOCS
  • OCW

 

 

  • Kepuasan Majikan

 

Dalam mengetahui tahap kepuasan majikan, pihak fakulti telah mengambil beberapa tindakan bagi menilai dan mengenalpasti tahap kebolehfungsian fakulti sebagai sebuah pusat yang menyalurkan sumber pendidikan kepada masyarakat. Antara tindakan yang diambil adalah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, soal selidik daripada guru pembimbing, laporan Pengetua dan laporan daripada Jawatankuasa Latihan Industri dan latihan mengajar.

 

 

  • Apakah tindakan yang fakulti/sekolah telah lakukan untuk mengetahui tahap kepuasan majikan

 

  1. Program Sinergi

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasakan pendidikan dan memartabatkan ilmu melalui Program Sinergi KPM-UTM telah ditandatangani dimana pada sesi kemasukan 2013/2014 semester 2, Fakulti telah menerima sebilangan pelajar di bawah program tersebut yang mendaftar pengajian Doktor Falsafah (PhD). Beberapa siri perbincangan telah diadakan bagi memastikan pihak KPM berpuas hati dengan program yang dirancang dan dilaksanakan bagi memperkasakan guru-guru yang akan berkhidmat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

 

  1. Laporan latihan ikhtisas

Pada masa ini seramai 2 orang staf telah menghadiri latihan ikhtisas di institusi luar iaitu sekolah, manakala seramai 2 orang staf sedang mengikuti latihan ikhtisas di sekolah-sekolah sekitar Johor. Program latihan ikhtisas ini bertujuan bagi menambahkan profesionalisma dalam bidang kepakaran masing-masing dengan cara menjalani latihan sama ada di badan-badan berkanun, kerajaan mahupun swasta dengan kelulusan Universiti. Program latihan ini membolehkan staf mengikuti perkembangan ilmu dan perubahan teknologi dalam bidang kepakaran masing-masing di samping membentuk kumpulan kerja yang lebih efektif. Objektit Latihan Ikhtisas ini adalah; i) meningkatkan bilangan staf yang mempunyai pengiktiratan kelayakan protesional (bagi bidang yang berkaitan), ii) meningkatkan pengiktiratan pihak luar terhadap Universiti, dan iii) meningkatkan jaringan dengan pihak industri.

 

 

  • Nyatakan tindakan susulan yang telah dibuat berdasarkan maklum balas daripada majikan.

 

Bagi memastikan tahap kepuasan majikan adalah menjadi keutamaan dalam menyalurkan maklumat mengenai prestasi pelajar-pelajar yang dikeluarkan oleh fakulti, maka tindakan susulan telah diambil dengan mengalisis tahap kepuasan majikan melalui perlaksanaan mesyuarat Postmortem diantara fakulti dengan pihak sekolah. Ini bertujuan bagi mengenalpasti kekurangan yang telah dikenalpasti untuk diperbaiki dan juga bagi mengenalpasti kekuatan sistem sedia ada untuk dikekalkan selain membuat penambahbaikan ke atas sistem tersebut. Selain itu usaha lain yang telah dilaksanakan adalah melalui semakan kurikulum dan bengkel course outline yang dijalankan diperingkat fakulti.

 

  1. Mesyuarat PostMortem Latihan Industri dan Latihan Mengajar

 

LAMPIRAN:

  1. Program Sinergi – Mesyuarat dengan KPM
  2. Soal selidik guru pembimbing
  • Laporan Pengetua
  1. Laporan Latihan Mengajar
  2. Post mortem LM
  3. Laporan Latihan Industri
  • Semakan Kurikulum
  • Bengkel Course Outline

 

  • Sifat – sifat mahasiswa yang generik

 

  • Sejauh mana keberkesanan P&P di fakuti/sekolah terhadap pencapaian pelajar dalam domain generik MQA

 

P&P di fakulti sentiasa dipantau dan dikaji untuk melihat keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar dalam domain generic MQA dalam menghasilkan serta memastikan mahasiswa memiliki sifat–sifat yang generik. Berikut adalah platform yang digunakan bagi menerapkan kemahiran generic pelajar:

 

  1. Course Review Report (CRR) dan Programme Review Report (PRR)

CRR dan PRR disediakan di peringkat fakulti antaranya bertujuan bagi menilai kebolehupayaan pelajar dalam menerapkan kemahiran generik menerusi kurikulum yang disediakan. Laporan CRR dan PRR dianalisa dari masa ke semasa bagi mengenalpasti bagaimana sifat-sifat mahasiswa yang generik ini berupaya diterapkan sepanjang program ini berjalan.

 

  1. Indeks pemetaan

Indeks pemetaan dilakukan untuk melihat hasil pembelajaran sesuatu subjek yang dipelajari oleh mahasiswa mendorong kepada pembentukan sifat-sifat mahasiswa yang generik. Indeks pemetaan ini telah didokumenkan dalam dokumentasi semakan kurikulum 2014 di mana proses P&P adalah mengambilkira kemahiran generik yang telah dinyatakan dalam dokumen kurikulum (Rancangan Pengajaran – L1)

 

 

  1. Laporan latihan industri

Laporan latihan industri turut dijadikan sumber penilaian bagi mengenalpasti mahasiswa yang berupaya menerapkan sifat-sifat generik sepanjang melalui proses P&P di fakulti yang kemudiannya pengaplikasiannya dapat dilihat dengan lebih telus semasa menjalani latihan industri di institusi-institusi luar.

 

  1. Laporan latihan mengajar

Laporan latihan mengajar turut dijadikan sumber penilaian bagi mengenalpasti mahasiswa yang berupaya menerapkan sifat-sifat generik sepanjang melalui proses P&P di fakulti yang kemudiannya pengaplikasiannya dapat dilihat dengan lebih telus semasa menjalani latihan mengajar di sekolah.

 

LAMPIRAN:

  1. Laporan CRR
  2. Laporan PRR
  • Indeks pemetaan
  1. Laporan latihan industri
  2. Laporan latihan mengajar